||| Nasyid.Fm

Thursday, February 14, 2008

||| Saat Yang Menceriakan

بسم الله الرحمن الرحيم

Kehidupan yang kita lalui ini penuh dengan onak dan ranjaunya. Dalam menongkahnya, memerlukan sebuah tekad keazaman yang kental bagi memastikan setiap perancangan dan perlaksanaan seiring melangkah. Dalam masa yang sama, setiap redahan belukar yang menanti perlu juga diisi dengan tasliah sebagai selingan atas bebanan amah dan tanggungjawab yang terpundak agar perjalanan seterusnya akan lebih bersemangat membara.

Berikut adalah paparan beberapa rakaman ketika jaulah pemimpin PMRAM ke Ra'su Sidr yang terletak sepanjang perjalanan ke Sinai. Namun kami hanya sempat untuk merehatkan minda di situ sahaja. Sebuah kawasan kolam air panas yang agak terpencil di tengah-tengah padang pasir. Bahkan tempat tersebut juga jarang dikunjungi oleh orang luar. Hanya mereka yang mengetahuinya sahaja akan sampai ke sana.








Harapannya semoga tahun hadapan sebelum aku kembali pulangke tanah air dapatlah hendaknya meluangkan masa di kolam air panas yang amat menarik. Kami juga sempat seinggah ke 12 Telaga Nabi Musa untuk 12 kabilah Bani Israel dan di Noktah Sinai (kalau salah tegur) yang merupakan kubu tentera Israel yang ditawan oleh tentera Islam Mesir selepas sekian lama berperang tiada noktah kemenangan.







Selepas Syeikhul Azhar didatangi mimpi bertemu Rasulullah S.A.W yang memberikan petunjuk kepada tentera muslimin dengan menyembur air pada kubu tentera Israel yang bersembunyi di sebalik timbunan padang pasir pada ketika itu. Dan akhirnya kemenangan milik tentera muslimin akan tetapi kisah dan cerita sebenar ini tidak disebarkan. Bahkan mereka menyebarkan bahawa kemenangan tersebut datangnya dari usaha tentera itu sendiri.

Berikut adalah sebahagian rakaman yang sempat dipetik untuk perkongsian kita bersama semoga ianya menjadi pengajaran dan iktibar untuk lebih mendekatkan diri kepada ALLAH.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

1 comment:

NUke_Rude said...

selamat tahun baru.. both 1430 n 2009