||| Nasyid.Fm

Thursday, February 14, 2008

||| Saat Yang Menceriakan

بسم الله الرحمن الرحيم

Kehidupan yang kita lalui ini penuh dengan onak dan ranjaunya. Dalam menongkahnya, memerlukan sebuah tekad keazaman yang kental bagi memastikan setiap perancangan dan perlaksanaan seiring melangkah. Dalam masa yang sama, setiap redahan belukar yang menanti perlu juga diisi dengan tasliah sebagai selingan atas bebanan amah dan tanggungjawab yang terpundak agar perjalanan seterusnya akan lebih bersemangat membara.

Berikut adalah paparan beberapa rakaman ketika jaulah pemimpin PMRAM ke Ra'su Sidr yang terletak sepanjang perjalanan ke Sinai. Namun kami hanya sempat untuk merehatkan minda di situ sahaja. Sebuah kawasan kolam air panas yang agak terpencil di tengah-tengah padang pasir. Bahkan tempat tersebut juga jarang dikunjungi oleh orang luar. Hanya mereka yang mengetahuinya sahaja akan sampai ke sana.








Harapannya semoga tahun hadapan sebelum aku kembali pulangke tanah air dapatlah hendaknya meluangkan masa di kolam air panas yang amat menarik. Kami juga sempat seinggah ke 12 Telaga Nabi Musa untuk 12 kabilah Bani Israel dan di Noktah Sinai (kalau salah tegur) yang merupakan kubu tentera Israel yang ditawan oleh tentera Islam Mesir selepas sekian lama berperang tiada noktah kemenangan.







Selepas Syeikhul Azhar didatangi mimpi bertemu Rasulullah S.A.W yang memberikan petunjuk kepada tentera muslimin dengan menyembur air pada kubu tentera Israel yang bersembunyi di sebalik timbunan padang pasir pada ketika itu. Dan akhirnya kemenangan milik tentera muslimin akan tetapi kisah dan cerita sebenar ini tidak disebarkan. Bahkan mereka menyebarkan bahawa kemenangan tersebut datangnya dari usaha tentera itu sendiri.

Berikut adalah sebahagian rakaman yang sempat dipetik untuk perkongsian kita bersama semoga ianya menjadi pengajaran dan iktibar untuk lebih mendekatkan diri kepada ALLAH.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa

Wednesday, January 30, 2008

.:: Kenangan Bakti Siswa Al-Azhar | Johor 2006 ::.

بسم الله الرحمن الرحيم


Kadangkala hidup ini tidak seindah yang disangka. Adakalanya cerah dan adakalanya mendung. Selaku manusia itu semua bukanlah di bawah kawalan kita. Akan tetapi kita menjadikan setiap peristiwa yang berlaku itu sebagai sebuah pengajaran, penilaian dan analisis lantaran mencipta sebuah fenomena kehidupan yang terindah.


Setiap langkah ke hadapan merupakan perkara yang tidak akan dapat dikembalikan semula dan tiada jalan untuk berpatah balik kerana ia telah tertulis. Maka perlulah kita melakar sebuah lakaran kehidupan yang terbaik untuk tatapan sejarah dunia yang bakan menjadi ingatan.

Berikut adalah antara rakaman yang sempat dipertontonkan mungkin bukan sahaja sebagai kenangan dalam hidupku bahkan sebagai persembahan untuk kalian semua untuk kita mengharungi hidup yang masih tidak pasti. Adakah masih panjang pengembaraannya ataupun semakin hampir kE penghujungnya? Hanya ALLAH yang tahu.

Kita selaku hambanya hanya mampu berdoa semoga diakhiri hidup ini dengan penuh bermakna ketika menghadap Yang Esa. Bahkan dijauhkan dari pengakhiran yang menyesalkan.

















Setiap ruang yang diberikan oleh ALLAH adalah peluang yang perlu direbut untuk mencari dan meragut keredhaan-Nya. Seandainya tujuan tersebut terpesong dan tersasar dari landasannya, bersegeralah kembali ke jalan yang benar agar sentiasa mendapat nusrahNya.

Nukilan Ilham Nurani,

MaHbUb MaRdHaTiLLaH,
ZuLmArWa